Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Setiap kali nak update, nampak gambar Tok Ayoh ni, maka hilang lah rasa excited nak update; timbul rasa sedih..
Tok Ayoh ni bagi aku ada 2 pangkat:
1) Tok tiri (bapa tiri ayahku);
2) Moyang saudara (dia adalah datuk saudara kepada nenekku sebelah Ma, i.e adik bongsu moyang ku sebelah Ma);
Orang Kelate kato - "Alek tu, alek ni jjadi blako"
Oleh kerana tak pernah kenal tok yang sebenar (malah ayah ku pun tak sempat kenal ayahnya sendiri), jadi celik-celik mata jer, selain atok sebelah Ma yang ku panggil Che', ini lah atokku..
According to Ma, Tok Ayoh sayang banget sama aku. Masa kecik, kalau bergaduh sesama sepupu, aku tak kena marah sebab aku ni jenis tak reti nak menjawab bila bergaduh (pick-up banyak sloooooow); bila musim orang ke baruh (bendang) adalah jentera membajak yang kami panggil "mesin ggalo". Aku ni masa kecik fobia bunyi-bunyian yang kuat macam bunyi jentera ni lah. Bukan aku yang dimarah sebab menangis tapi orang yang drive jentera tu yang kena marah dengan Tok Ayoh.
Masa aku ke boarding school, bila musim buah Tok Ayoh akan simpan semua jenis buah-buahan seguni setiap satu special untuk aku seorang. Siap warning, orang lain tak boleh makan.
Memang seingat aku, sejak kecil aku ni suka berkepit dengan Tok Ayoh, orang lain tak berani sebab Tok Ayoh ni garang. Bila Tok Ayoh jahit atap nipah, aku ada temankan dia atas "gerey" (pangkin) bawah pohon "sseto" (manggis), bila Tok Ayoh raut buluh (ke batang sagu?? dah lupa), aku setia "dok ccongok" tepi Tok Ayoh; bila dia dok mesin kepingan getah, aku menempek kat bawah pokok jering sambil main congkak..bila dia ke kebun seberang tali-air, aku pun ikut naik rakit..dia jemur padi, aku tukang tunggu hambat ayam-itik.
Masa sekolah rendah, bila ada kegiatan seni yang kena buat macam-macam, Tok Ayoh lah tempat aku mengadu; masa kena buat mini-blind daripada buluh, Tok Ayoh yang buatkan (raut buluh dan potong bagi sama lepas tu ikat dengan benang), lepas tu aku tampal kolaj kat atas blind tu..
Masa aku belajar naik basikal pun, bila dah pandai sikit aku tunjuk ke-terror-an ku itu pada Tok Ayoh. Dia yang tolong ikat "khotong nyior" kat tempat "pasinjey" (passenger) basikal, kononnya tengah bonceng orang ler tu..
Setiap kali aku dapat tawaran ke mana-mana (baik boarding school, matrikulasi, universiti), dialah orang yang paling sibuk.
Itu lah kalau nak sebut terlalu banyak kenangan....itu yang tak sanggup.
Banyak peristiwa yang menyebabkan terkilan di hati yang tak dapatlah di kongsi di sini (bukan kerana Tok Ayoh); tapi dalam kecewa perlahan-lahan aku redha dengan takdir Allah. Semoga roh Tok Ayoh ditempatkan bersama roh para solehin.